خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
[Riwayat al-Bukhari (5027)]
"MEMBINA GENERASI QURANI"
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
[Riwayat al-Bukhari (5027)]
"MEMBINA GENERASI QURANI"
Amanat Mudir
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Sesungguhnya, agama Islam merupakan sebuah panduan hidup atau The Way of Life yang sangat lengkap meliputi semua aspek kehidupan manusia seperti iman dan amal, aqidah dan ibadah, akal dan perasaan serta akhlak dan peradaban.
Bagi membina sebuah peradaban manusia yang Rabbani , ia bermula dengan pembentukan anak-anak daripada kecil sebagai langkah pertama sebelum mereka mencorakkan hidup mereka sendiri dan masyarakat sekeliling. Oleh sebab itulah pendidikan merupakan medan terpenting dalam membina generasi yang unggul dunia dan akhiratnya.
Bak kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tidak cukup dengan itu, hadis Nabi SAW juga menyatakan,
مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أو يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.”
Riwayat Muslim (4805)
Justeru, bagi memenuhi peranan ini dalam masyarakat, kami berinisiatif menyediakan perkhidmatan pendidikan tambahan buat anak-anak di luar sekolah. Kami memfokuskan pendidikan asas yang diperlukan oleh anak-anak seperti membaca Al-Quran serta membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu, Jawi dan Bahasa Arab. Ini sebagai persediaan anak-anak dalam menghadapi silibus pelajaran yang banyak dan tinggi di sekolah aliran perdana.
Akhir kalam, buat ibubapa di luar sana yang mengambil berat perihal pendidikan anak-anak namun disibukkan dengan kelelahan berjuang mencari rezeki, in Shaa Allah kami di Furqan Quranic Centre akan berusaha sehabis baik dalam membantu hasrat tuan dan puan untuk membesarkan anak-anak menjadi Insan Rabbani yang cemerlang di dunia dan akhirat.
In Shaa Allah.