"Muslim Sejati, Kenal Diri"
Musleh Training adalah program motivasi dan ilmiah yang khas direka untuk kanak-kanak (Musleh Training for Kids) dan remaja (Musleh Training for Teens) berumur 7 hingga 17 tahun dengan matlamat membentuk generasi Muslim yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia.
Bertemakan "Kem Jati Diri Muslim", program ini menggabungkan pengisian spiritual, pembelajaran praktikal dan aktiviti interaktif untuk memastikan setiap peserta bukan sahaja mendapat ilmu yang bermanfaat tetapi juga membina sahsiah diri yang cemerlang.
Melalui modul khas yang dirancang, peserta akan:
Mendalami asas Aqidah (Tauhid, Rukun Iman dan Rukun Islam).
Mempraktikkan Syariah melalui pembelajaran teori dan praktikal wudhu’ dan solat
Menghayati Sirah dengan aktiviti lawatan ke tempat-tempat bermakna seperti Galeri Masjid Sultan Iskandar dan Galeri Aura Islam.
Program ini direka untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan, bermanfaat dan membina sahsiah diri. Dengan sokongan fasilitator berpengalaman serta kemudahan yang lengkap, Musleh Training bukan sahaja mengisi masa cuti dengan aktiviti yang bermakna tetapi juga membimbing peserta menjadi individu Muslim yang cemerlang.
Jom bersama kami membentuk generasi Muslim yang hebat! 🌟
Membentuk kefahaman asas Islam yang kukuh.
Mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian.
"Alhamdulilah..t.kasih d atas tunjuk ajar & pelbagai aktiviti d kem jati diri muslim kpada ustaz & ustazah...Allah sahaja yg dpt membalasnya 🤲🤲"
"Alhamdulillah trm kasih ustaz & ustazah semua krn mengadakan program yang sgt baik ini..semoga ilmu yg bermanfaat diamalkan pada ank2,semoga ank2 kami menjadi ank yg soleh berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah 🤲🏼
1. Program Musleh Training ni apa sebenarnya? Adakah sama macam Kem Solat?
Jawapan : Musleh Training merupakan program pembangunan jati diri Muslim yang memfokuskan tiga aspek iaitu Aqidah, Syariah dan Sirah termasuklah teori dan praktikal Solat. Para peserta akan dilatih untuk mengenali hakikat diri manusia dan cara menjadi muslim yang soleh.
2. Siapakah yang boleh menyertai program ini?
Jawapan : Program ini terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dan remaja berumur 12 hingga 17 tahun.
3. Apakah aktiviti utama dalam program ini?
Jawapan : Aktiviti utama termasuklah :
Modul pembelajaran Islamik (Aqidah, Syariah dan Sirah).
Lawatan ke Galeri Masjid Sultan Iskandar dan Galeri Aura Islam.
Aktiviti praktikal seperti wudhu’, dan solat.
Aktiviti motivasi dan pembinaan jati diri.
4. Adakah makanan disediakan sepanjang program?
Jawapan : Ya, kami menyediakan 3 kali makanan sehari untuk peserta, termasuk snek ringan.
5. Bagaimana cara untuk mendaftar?
Jawapan : Anda boleh hubungi kami di talian 019-8735391 (Ustaz Amin) untuk maklumat lanjut.